Saturday, 19 April 2008
(Siasahdaily): KUALA LUMPUR,
18 April: Selain menyelamatkan Umno yang sedang hendak karam, para pemimpin Umno juga diminta menyelamatkan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) yang mereka ambil alih dari KUB setahun lalu yang sedang menghadapi malapetaka sekarang.
Rata-rata kakitangan Unitar tidak berpuashati dengan kedudukan mereka bahkan mereka terasa selesa dan aman berada di bawah pentadbiran lama dahulu berbanding dengan pentadbiran Umno sekarang.
Yayasan Tun Abdul Razak (Pintar) yang dimiliki oleh Umno telah mengambilalih Unitar dari KUB Mac 2007 lalu selepas 10 tahun ia beroperasi untuk dijadikan universiti Umno.
"Pada mulanya, kami cukup gembira dengan kehadiran pengurusan baru yang berjanji untuk membawa perubahan yang lebih baik kepada Unitar. Pengurusan baru kemudiannya telah membawa masuk orang-orang baru yang memegang jawatan tinggi.
"Namun setelah genap setahun Unitar di bawah engurusan baru dan setelah beberapa perubahan dilakukan, Unitar kni berada di dalam krisis," tulis seorang kakitangan Unitar kepada Siasah.
Kini, penyakit yang dihadapi Umno juga melanda Unitar.
"Namun budaya mereka sama sahaja. Apa yang hadapi Umno itulah yang dihadapi kami di Unitar," kata pensyarah kanan Unitar kepada Siasah.
Rasuah, penyalahgunaan kuasa, suka mempersalahkan orang lain, memperlekehkan kakitangan, membina kekayaan peribadi dan sebagainya yang berlaku dalam Umno dan telah dihukum rakyat dalam pilihan raya baru-baru ini kini sedang menjalar dalam Unitar.
"Kami tertanya-tanya, sampai bila pengurusan baru ining menyalahkan pihak lain selain daripada mereka sendiri," tulis kakitangan itu kepada Siasah.
Beliau membariskan beberapa gejala yang sedang berlaku dalam Unitar sekarang.
Pembelian bas tanpa prosedur, pengubahsuaian sebuah dapur yang melibatkan wang jutaan ringgit, kekurangan kemasukan pelajar, pembelian kereta mewah untuk pihak pengurusan atasan dan kebajikan kakitangan yang terbiar adalah antara tanda-tanda Unitar sedang ditimpa malapetaka, tulisnya.
I wonder how is kelantan gang doing in new uni?
ReplyDelete