The virtual community for post graduate students of Open University Malaysia updated by Dr Richard Ng
Tuesday, December 28, 2010
Program MyBrain15 di bawah RMK10
Program MyBrain15:
Program MyBrain15 adalah salah satu program agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Matlamat program adalah untuk mewujudkan kelompok sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan dan inovasi. Ini adalah penting bagi memastikan usaha Kerajaan untuk menjadikan pembangunan ekonomi berteraskan inovasi dapat dicapai dengan jayanya. Di bawah program ini, Kerajaan mensasarkan untuk mencapai sebanyak 60,000 pemegang PhD di kalangan rakyat Malaysia. Program yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi adalah seperti berikut:
MyPhD:
MyPhD terbuka kepada semua graduan yang layak dan kakitangan sektor swasta. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan jumlah kumpulan tenaga kerja profesional tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi berteraskan inovasi dan kreativiti yang mampu menjana pertumbuhan sektor ekonomi dan industri tempatan.
Kriteria MyPhD:
Calon-calon
* Pelajar Awam
* Kakitangan Swasta
* Pensyarah IPTS
Tempat Pengajian
* IPTA
* IPTS bertaraf GLC (UTP,MMU & UNITEN)
Bidang Tajaan
* 60% - Sains dan Teknologi
* 40% - Sains Sosial/Sastera Ikhtisas
Kontrak
* Berkhidmat di Malaysia atau mana-mana organisasi yang mempunyai kepentingan kepada Malaysia selama lima (5) tahun.
Syarat Permohonan MyPhD:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Umur tidak melebihi 45 tahun semasa memohon;
iii. Telah mendapat tawaran/memulakan pengajian di IPT;
iv. Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh IPTA dengan CGPA minima 3.00. Bagi mereka yang tiada kelayakan sarjana, perlu mempunyai pencapaian CGPA minima 3.50 di peringkat sarjana muda atau pengalaman berkerja berkaitan mengikut tempoh yang diluluskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
v. Pengajian secara sepenuh masa;
vi. Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecuali menerima elaun sebagai Pembantu Penyelidik Siswazah);
vii. Pelajar akan dikenakan perjanjian bersama seorang penjamin dan ikatan kontrak untuk berkhidmat kepada negara.
Syarat Kontrak:
i. Lima (5) tahun kontrak berkhidmat dalam negara atau dengan mana-mana organisasi yang berkepentingan untuk negara dengan gantirugi penuh pembiayaan sekiranya terlibat dalam pelanggaran kontrak;
ii. Penerima biaya yang melanggar syarat-syarat kontrak seperti berhenti atau ditamatkan pengajian oleh pihak IPT atau gagal atau berhijrah ke negara lain sebelum tamat kontrak akan dikenakan tindakan bayar balik atau gantirugi.
Permohonan dan Penawaran:
i. Permohonan akan dibuka secara online sepanjang tahun mulai 01 Disember 2010.
ii. Tawaran juga secara online akan dibuat dalam empat (4) fasa iaitu Januari, April, Julai dan Oktober pada setiap tahun.
iii. Pemilihan calon akan dibuat berdasarkan penilaian oleh Jawatankuasa Pemilih yang akan dilantik Kementerian Pengajian Tinggi.
iv. Sebelum memohon, calon hendaklah terlebih dahulu:-
* Memperolehi surat tawaran pengajian;
* Menyediakan Kertas Rancangan Penyelidikan (proposal)
Keterangan lanjut: https://www.mohe.gov.my/MyBrain15/index_myphd.php
MyMaster:
MyMaster merupakan feeder kepada program pembiayaan pengajian di peringkat PhD iaitu MyPhD. Objektif program ini adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara.
PhD Industri:
PhD Industri memberi tumpuan kepada para profesional dan pengamal industri dalam menghasilkan inovasi dan meningkatkan daya saing melalui penyelidikan berasaskan industri. Program ini juga adalah insentif Kerajaan untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan antara pengamal industri dan ahli akademik dalam melahirkan profesional yang berpengetahuan tinggi.
Kumpulan Sasar:
* Eksekutif di industri yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan, pembangunan, inovasi dan peningkatan daya saing industri berkenaan.
* Tidak termasuk kakitangan agensi Kerajaan, institut penyelidikan Kerajaan (research institutes) dan syarikat-syarikat bertaraf GLC.
Pembiayaan PhD Industri:
Pembiayaan maksimum sebanyak RM50,000 seorang sepanjang pengajian.
Kementerian Pengajian Tinggi:
-> Kos Penyeliaan
-> Kos Pengajian
-> Kos Latihan Penyeliaan
-> Kos Pemeriksaan Panel
-> Penganugerahan Ijazah
Industri:
-> Kos Penyelidikan Projek
Syarat Permohonan:
i. Pemilihan calon dari industri melalui perbincangan antara IPT & Industri
* Permohonan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang sedang berkerja di industri;
* Pemohon perlu mempunyai Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh universiti; ATAU
* Pemohon memiliki Ijazah Sarjana Muda DAN pengalaman industri dalam bidang berkaitan. (tertakluk kepada terma Recognition of Prior Learning (RPL) yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh IPT).
ii. Perjanjian persefahaman antara IPT & Industri (MOU);
* meliputi kepentingan bersama, iaitu antara IPT dan industri
iii. Perjanjian persefahaman antara IPT & Industri DAN maklumat calon dikemukakan ke Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi bagi proses pembiayaan
Untuk keterangan lanjut:
- Sekolah Pengajian Siswazah di IPT yang terlibat; atau
- Bahagian Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
Aras 4, Blok 1, Menara PJH, Presint 2,
62100, PUTRAJAYA
(u.p. Unit IPTA : Program PhD Industri)
No. Tel: 03-8888 1616 Fax: 03-8884 4701
Email : phdindustri@mohe.gov.my
URL: http://www.portal.mohe.gov.my/biasiswa
Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI):
SLAI bertujuan meningkatkan kualiti tenaga pengajar di IPTA selaras dengan objektif PSPTN iaitu "Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi". Dalam RMKe-10, Kerajaan mensasarkan 75% pensyarah berkelayakan PhD atau setaraf di IPTA bertaraf Universiti Penyelidikan manakala sebanyak 60% di IPTA lain. Pengajian ini terbuka kepada pensyarah/ tutor/ fellow yang berkhidmat di IPTA sahaja
good information to share :)
ReplyDelete