Cokmar OUM diletakkan dengan berhati-hati sebelum Majlis Konvokesyen di mulakan
Ucapan aluan Presiden dan Naib Canselor OUM, YBhg Prof Emeritus Tan Sri Dr. Anuwar Ali
Seramai 3,468 orang graduan menerima ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen OUM yang ke 11 yang telah dijalankan dari 10 hingga 11 Disember 2011. Mereka menerima ijazah daripada YAB Tun Jeanne Abdullah, Canselor OUM pada hari pertama dan YBhg Tan Sri Azman Hashim, Pro-Canselor OUM pada hari kedua.
YBhg Prof Emeritus Tan Sri Dr. Anuwar Ali sedang membacakan latar belakang YBhg Tan Sri Arshad Ayub yang dikurniakan dengan Ijazah Doktor Kehormat Pengurusan
YBhg Tan Sri Arshad Ayub sedang menerima Ijazah Doktor Kehormat dari YABhg Tun Jeanne Abdullah, Canselor OUM
YABhg Tun Jeanne Abdullah, Canselor OUM sedang mengishtiharkan pembukaan Majlis Kovokesyen OUM ke11
Majlis ini telah dijalankan di Dewan Merdeka PWTC seperti konvokesyen yang lepas. Para graduan hadir bersama keluarga masing-masing membanjiri PWTC pada tingkat 4 di mana majlis ini dilangsungkan.
Dr. Siti Mazidah, graduan PhD (Pendidikan) sedang menyampaikan ucap terima kasih bagi pihak graduan
Salah seorang graduan sedang menerima ijazahnya dari YABhg Tun Canselor pada hari konvo pertama
Majlis dimulakan dengan perarakan akademik dan perarakan besar. Selepas itu lagu NegaraKu diikuti lagu OUM dimainkan.
Presiden dan Naib Canselor OUM memulakan majlis dengan ucapan aluan serta memohon izin Canselor untuk menganugerahkan ijazah-ijazah kepada para graduan.
Para graduan berdiri semasa perarakan akademik
Pada majlis kali ini, 3 orang graduan PhD dalam pendidikan berjaya menerima ijazah mereka. Antaranya ialah Dr. Siti Maziha yang telah diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan bagi pihak para graduan sekalian.
Kelihatan graduan sedang senyum lebar menandakan saat kegembiraan mereka
Terdahulu dari itu, YBhg Tan Sri Dato Arshad Ayub telah dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam bidang pengurusan bagi mengenang jasanya dalam bidang pendidikan jarak jauh.
Salah seorang graduan sedang menerima ijazahnya dari YBhg Tan Sri Azman Hashim Pro-Canselor OUM pada hari konvo kedua
Barisan ahli akademik sedang menanti saat untuk perarakan masuk akademik
Dr. Rosmah bersama Dr. Richard semasa majlis konvo
Majlis konvokesyen ini telah dijalankan dalam empat sidang dengan dua sidang setiap hari.
Para graduan sedang membetulkan jubah masing-masing sebelum majlis konvo
Para graduan sedang sibuk membeli ole-ole OUM di kaunter Alumni OUM
No comments:
Post a Comment