Selepas itu disusuli dengan nyanyian lagu Negara Ku dan lagu patriotik serta lagu OUM yang diiringi oleh kumpulan Koir OUM. Sdra Yon Rosli (Pengarah OUM Lembah Kelang) telah diberi penghormatan untuk mengetuai bacaan ikrar Rukun Negara.
Tan Sri Prof. Dr. Anuwar Ali, Presiden/Naib Canselor OUM kemudian menyampaikan mandat OUM. Antara lain beliau menyentuh tentang pencapaian Kumpulan Meteor/OUM. Beliau juga menasihatkan semua staf supaya berbelanja secara berhemah dalam keadaan kegawatan kemelut ekonomi yang sedang melanda negara kita. Beliau menasihatkan semua staf supaya bekerja keras bagi meningkatkan tahap pencapaian OUM.
2 comments:
I wonder where is the auditorium located. I went to OUM last year but didn;t see the auditorium.
Just across the road opposite to the library
Post a Comment