Wednesday, December 17, 2008

SEMINAR KEBANGSAAN ICT DALAM PENDIDIKAN 2009

SEMINAR KEBANGSAAN ICT DALAM PENDIDIKAN 2009

03 - 04 FEBRUARI 2009 HOTEL IMPIANA CASUARINA, IPOH

Latar Belakang

Pada 17 hingga 19 November 2005, Fakuliti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) telah menganjurkan Seminar Kebangsaan ICT 2005 di Prince Hotel, Kuala Lumpur.

Tujuan seminar tersebut diadakan adalah untuk memperkembangkan penggunaan ICT dalam pendidikan terutamanya e-pembelajaran dan penggunaan ICT dikalangan para ilmuan,meningkatkan penggunaan sumber terbuka di kalangan pengguna komputer,serta menggalakkan perkongsian kepakaran ICT dalam pendidikan.

FTMK berhasrat untuk meneruskan kesinambungan Seminar Kebangsaan ICT 2005. Pada kali ini,FTMK akan menganjurkan Seminar Kebangsaan ICT 2009 bersama Fakuliti Seni Muzik (FSM). Seminar pada kali ini dirancang untuk menggabungkan elemen ICT,Seni dan Muzik dalam pendidikan dan mempelbagaikan penyelidikan ICT dari perspektif Seni dan Muzik

Sub Tema

Antara sub tema yang di letakkan di bawah tema utama " INOVASI DAN KREATIVITI MENERUSI ICT DALAM PENDIDIKAN" ialah :

1. Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
2. Pendidikan ICT untuk Komuniti
3. Sumber Terbuka dalam Pendidikan
4. E-Pembelajaran
5. ICT dalam Pengurusan Pendidikan
6. ICT dalam Penilaian dan Pengukuran Pendidikan
7. ICT dalam Pendidikan Sepanjang Hayat
8. Pendidikan Seni dan Muzik melalui ICT
9. Pendidikan Seni, Muzik dan ICT di Sekolah
10. Inovasi, kreativiti dan ICT

Objektif Seminar

ANTARA OBJEKTIF SEMINAR INI DIJALANKAN

1. Menggalakkan perkongsian ilmu dan penggunaan ICT dalam pendidikan
2. Memantapkan pengalaman dan kemahiran peserta dalam bidang e-pembelajaran dan ICT dalam pendidikan
3. Mewujudkan jalinan rangkaian kepakaran dalam pendidikan
4. Memperkembangkan penggunaan sumber terbuka di kalangan pendidik
5. Meningkatkan kesedaran tentang peluang-peluang pendidikan sepanjang hayat melalui ICT
6. Meperkembangkan penggunaan ICT dalam seni dan muzik
7. Meningkatkan daya inovatif dan kreativiti dalam pendidikan

For details: http://ikict.upsi.edu.my/index.php?option=com_frontpage&Itemid=1

No comments: