Apr 15, 08 12:24pm
Pemuda Gerakan akan menubuhkan badan petugas khas untuk mengumpulkan maklum balas daripada pemimpin pelajar universiti berhubung cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.Ketuanya Datuk Mah Siew Keong berkata, berasaskan maklumat tersebut, pergerakan itu akan mengemukakan satu cadangan mengenainya kepada Kementerian Pengajian Tinggi.
Katanya, langkah tersebut selaras dengan usaha menterinya Datuk Seri Mohd Khaled Nordin untuk menyemak dan meminda AUKU dan membentangkannya di parlimen hujung tahun ini."Kerana Akta ini akan memberi kesan kepada generasi muda kita, maka kami akan menemui para pemimpin pelajar universiti tidak lama lagi.
"Kita akan mendengar pandangan dan maklum balas daripada mereka," kata Mah dalam satu kenyataan hari ini.Menurutnya, pembaharuan yang akan dilakukan itu menunjukkan kerajaan serius untuk meningkatkan sistem pendidikan tinggi Malaysia, terutama piawaian universiti-universiti awam di negara ini.
"Pertimbangan oleh menteri berkenaan untuk membenarkan para pelajar terbabit dalam politik adalah satu langkah ke hadapan yang positif."Pemuda Gerakan berharap ia diberi pertimbangan segera sebagai mencerminkan perubahan suasana berbanding dengan 30 tahun yang lalu," tegas Mah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment